PROSES PERLADANGAN SEMULA JADI YANG UNIK
NUTRILITE ialah
satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan
memproses tanaman di ladang kami sendiri yang disahkan organik. Semua ladang
kami iaitu lebih 2590 hektar (6400 ekar) di California, Washington State, Mexico
dan Brazil mengembalikan semula kesuburan tanah dan mengelakkan racun perosak,
racun rumpai dan baja sintetik. Mereka juga adalah jiran global yang baik serta
berdedikasi untuk berbakti kepada masyarakat.
Ladang Penyelidikan Pertanian - California, AS
Ladang Penyelidikan
Pertanian kami yang disahkan organik di Lakeview, California merangkumi 45
hektar (111 ekar) di dasar tasik prasejarah mengandungi timbunan enapan yang
kaya dengan nutrien dan menyumbang kepada tanah atas yang subur. Ia adalah
lokasi utama tempat penyelidik kami mengkaji bahan tumbuhan dari seluruh dunia
untuk memberikan nilai pemakanan tertinggi kepada produk kami dan sumber amalan
perladangan organik yang baharu dan dipertingkatkan yang digunakan di semua
ladang Nutrilite. Dengan membuat kompos dan menggunakan amalan perladangan
yang diuji dengan teliti, NUTRILITE mencipta struktur tanah yang lebih baik
seterusnya membekalkan tanaman dengan rangkaian nutrien yang luas.
Tanaman utama: alfalfa, lobak merah, buah delima dan banyak
tanaman penyelidikan. Ladang NUTRILITE: Jiran Global yang Baik
Di Ladang Penyelidikan Pertanian kami di Lakeview, komuniti tempatan membantu
menanam sayur-sayuran organik untuk kegunaan sendiri secara sukarela. Ladang
Penyelidikan Pertanian Nutrilite menganjurkan program dengan sekolah tempatan,
membawa pelajar setempat ke ladang untuk menanam tanaman sebagai projek sekolah
setiap tahun.
LADANG TROUT LAKE - WASHINGTON STATE, AS
RANCHO EL PETACAL - JALISCO, MEXICO
Rancho El Petacal ialah ladang yang disahkan organik seluas 566 hektar (1400 ekar) yang terletak di barat daya Mexico. Ia mempunyai iklim yang ideal untuk pertumbuhan dengan cahaya matahari dan hujan yang banyak, sangat sesuai untuk menanam tumbuhan yang kaya nutrien untuk produk NUTRILITE kami dan untuk menanam plot ujian bagi penyelidikan. Ladang itu juga adalah sumber pekerjaan utama untuk komuniti tempatan. Program penghutanan semula kami di kawasan itu telah membantu meningkatkan biodiversiti dan mengekalkan keseimbangan semula jadi kawasan tersebut. Tanaman utama: bayam, kubis daun, brokoli, selada air, pasli, limau gedang, oren, lemon, oregano, sej dan asparagus. Ladang Nutrilite: Jiran Global yang Baik Ladang Nutrilite di Rancho El Petacal mempunyai Pusat Sokongan Kebudayaan dan Pendidikan. Di sini kami memberikan pendidikan asas tentang pemakanan dan ekologi serta membantu projek tempatan seperti pembinaan gereja baru untuk komuniti di sana.
FAZENDA NUTRIORGANICA, UBAJARA, BRAZIL
Fazenda Nutriorganica
adalah ladang NUTRILITE™ yang terbesar. Seluruh 1660
hektar (4100 ekar) disahkan 100% organik. Sepanjang tahun, ladang itu
menghasilkan ceri aserola yang memberikan 100% keperluan asid askorbik (Vitamin
C) semula jadi yang digunakan dalam produk NUTRILITE. Kebanyakan masalah haiwan
perosak dan penyakit yang memusnahkan tanaman dielakkan dengan memberikan
nutrien organik yang seimbang seperti baja semula jadi daripada 300 ekor lembu
di ladang itu untuk memastikan pertumbuhan yang sihat dan kuat. Tanaman
utama: aserola; picão preto yang juga dipanggil jarum Sepanyol dan buah
markisah. Ladang Nutrilite: Jiran Global yang Baik Fazenda
Nutriorganica sebelum ini adalah tanah terbiar yang tidak dibangunkan. Kini, ia
adalah inspirasi kerja dan pembelajaran yang produktif serta pembangunan diri
dan profesional. Projek penghutanan semula di sepanjang tebing Sungai Jaburu
yang berdekatan yang dianjurkan oleh NUTRILITE, kini sedang dijalankan
No comments:
Post a Comment